Kita masih lagi di ambang tahun 2009.Kami dari keluarga Raun Minang mengucapkankan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan dan pelangan-pelangan yang telah memberi sokongan sepanjang tahun lalu.
Kami berharap agar kita dapat terus menjalin hubungan yang baik dan dapat bertemu lagi dalam pakej-pakej anjuran kami.Jom raun......
Sekian. Terima Kasih.
Saturday, January 10, 2009
Thursday, November 13, 2008
Busana Muslim - Kain Tudung
Hmm....Bang jangan lupa belikan kain tudung untuk Emak ! Tapi fesyen yang mana emak nak dek ? Entah lah.... Bang beli saja lah ...banyak sangat macam-macam ada ya bang !
Jom ke Tanah Abang Di Jakarta dan Pasar Baru di Bandung dan Bukit Tinggi Sumatra untuk berbagai kain tudung ..harga nya memang murah je....
Jom raun
Sunday, November 9, 2008
Jakarta- PUNCAK -Bandung
Puncak seperti nama nya terletak tinggi di kawasan pergunungan Java Barat ,Indonesia.
Terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat istirehat warga kota Jakarta pada hujung minggu.
Dengan udara nya yang nyaman dan pemandangan indah serta terdapat banyak villa penginapan membuat ianya tarikan pengunjung.
Hanya 2 jam penjalanan melalui kawasan pergunungan dari kota Jakarta menuju Bandung.
Jom.......raun.
Saturday, November 8, 2008
TUGU MONAS -Monument Nasional Jakarta
Satu lagi mercu tanda kota Jakarta ia lah Tugu Monas yang terletak di Jakarta Pusat juga berhampiran dengan Istana Presiden.
Awal di bina pada 1961 oleh Presiden Soekarno bagi memperingati pejuang Indonesia yang menentang kuasa Belanda.Siap sepenuh nya pada zaman pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1975 dengan di hiasi emas seberat 35 kilogram di atas nya.
Bagi yang mahu melihat seluroh kota Jakarta pasti jangan lepaskan peluang ini.Yang ingin naik kereta kuda...pasti nya dengan sedikit bayaran akan dibawa keliling tugu .Terdapat juga museum dan zoo kecil untuk di kunjungi di bawah tugu monas.
jom...raun...
Friday, November 7, 2008
Masjid Istiqlal - Terbesar Di Asia Tengara
Ketika di Jakarta, pastikan anda berkesempatan bersolat di Masjid Istiqlal (Istiqlal bermaksub merdeka).
Unik,masjid yang berkongsi halaman dengan sebuah gereja keteral yang terbesar di Jakarta.Arkitek yang membina masjid ialah seorang penganut kristen bernama Frederich Silaban.
Idea pembinaan oleh Presiden Soekarno berserta ulamak islam mula pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya 17 tahun kemudian di rasmikan oleh Presiden Soeharto pada 22/2/1978.Masjid boleh menampung jemaah seramai 100,000 orang.
Jom .........raun
Friday, October 24, 2008
Paris Van Java atau Bandung atau Kota Kembang
Kerajaan Indonesia sedang giat mempromosikan destinasi ini sempena tahun melawat Indonesia 2008. Ternyata ianya berjaya kerana kini Bandung merupakan pilihan utama para pengunjung selepas Bali di ikuti Jakarta,Medan dan Surabaya.
Tersedia penerbangan terus Airasia ke Lapangan terbang Husein Sastra Negara ,Bandung dua kali penerbangan setiap hari manakala kita juga boleh tiba melalui Lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta enam kali penerbangan setiap hari dan menaiki bas melalui highway mengambil masa dua jam.
Bandung yang mempunyai udara sejuk lagi nyaman juga terkenal dengan pusat membeli-belah.Pengunjung suka shopping disini lah tempat nya dimana terdapat Factory out-let yang menjual perbagai rekaan jenama terkenal.
Terdapat beberapa tempat yang menarik di kunjungi antara kolam air panas Siater dan kawah gunung berapi Takuban Perahu.
Jom apa tunggu lagi ikut kami.
Untuk yang belum pernah ke Jakarta kami syorkan kalau ke Bandung elok lah melalui lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta kerana kita juga boleh melawat sekitar Jakarta dalam perjalanan pulang dari Bandung.
Jumlah apo laei ditungu barangketlah kito lai....... lima ari ampek malam alah tu ...beko tak cukut ..tambah lai.tak cukut jo....pindah na lah.
Friday, October 10, 2008
Selamat Hari Raya 2008
Askm semua kenalan yang dekat dan yang jauh
Pada hari raya aidil fitri ini saya sekeluarga dan juga bagi pihak wakil yang lain Hjh.Zainab/Hjh. Halimah dan Hjh.Zaikiah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATHIN".
Sememangnya dalam segala urusan kendalian kami mungkin ada kekurangan kami mohon maaf dan terima kasih atas teguran yang sudah pasti nya akan sentiasa kami cuba untuk perbaiki dari masa ke semasa.
Pada yang telah memberi sokongan sekali lagi kami ucapkan "TERIMA KASIH"dan yang masih lagi tengah mencari -cari agensi pengurusan pelancongan jom raun bersama Raun Minang.
Kami berjanji dan akan mempastikan anda semua dapat mengabadikan kenangan indah percutian anda bersama kami.
Wasalam.
Pada hari raya aidil fitri ini saya sekeluarga dan juga bagi pihak wakil yang lain Hjh.Zainab/Hjh. Halimah dan Hjh.Zaikiah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATHIN".
Sememangnya dalam segala urusan kendalian kami mungkin ada kekurangan kami mohon maaf dan terima kasih atas teguran yang sudah pasti nya akan sentiasa kami cuba untuk perbaiki dari masa ke semasa.
Pada yang telah memberi sokongan sekali lagi kami ucapkan "TERIMA KASIH"dan yang masih lagi tengah mencari -cari agensi pengurusan pelancongan jom raun bersama Raun Minang.
Kami berjanji dan akan mempastikan anda semua dapat mengabadikan kenangan indah percutian anda bersama kami.
Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

