Friday, October 24, 2008

Paris Van Java atau Bandung atau Kota Kembang







Kerajaan Indonesia sedang giat mempromosikan destinasi ini sempena tahun melawat Indonesia 2008. Ternyata ianya berjaya kerana kini Bandung merupakan pilihan utama para pengunjung selepas Bali di ikuti Jakarta,Medan dan Surabaya.
Tersedia penerbangan terus Airasia ke Lapangan terbang Husein Sastra Negara ,Bandung dua kali penerbangan setiap hari manakala kita juga boleh tiba melalui Lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta enam kali penerbangan setiap hari dan menaiki bas melalui highway mengambil masa dua jam.
Bandung yang mempunyai udara sejuk lagi nyaman juga terkenal dengan pusat membeli-belah.Pengunjung suka shopping disini lah tempat nya dimana terdapat Factory out-let yang menjual perbagai rekaan jenama terkenal.
Terdapat beberapa tempat yang menarik di kunjungi antara kolam air panas Siater dan kawah gunung berapi Takuban Perahu.


Jom apa tunggu lagi ikut kami.

Untuk yang belum pernah ke Jakarta kami syorkan kalau ke Bandung elok lah melalui lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta kerana kita juga boleh melawat sekitar Jakarta dalam perjalanan pulang dari Bandung.

Jumlah apo laei ditungu barangketlah kito lai....... lima ari ampek malam alah tu ...beko tak cukut ..tambah lai.tak cukut jo....pindah na lah.

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Askm semua kenalan yang dekat dan yang jauh

Pada hari raya aidil fitri ini saya sekeluarga dan juga bagi pihak wakil yang lain Hjh.Zainab/Hjh. Halimah dan Hjh.Zaikiah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATHIN".
Sememangnya dalam segala urusan kendalian kami mungkin ada kekurangan kami mohon maaf dan terima kasih atas teguran yang sudah pasti nya akan sentiasa kami cuba untuk perbaiki dari masa ke semasa.

Pada yang telah memberi sokongan sekali lagi kami ucapkan "TERIMA KASIH"dan yang masih lagi tengah mencari -cari agensi pengurusan pelancongan jom raun bersama Raun Minang.

Kami berjanji dan akan mempastikan anda semua dapat mengabadikan kenangan indah percutian anda bersama kami.

Wasalam.

HOTEL RESERVATION SERVICES