Thursday, November 13, 2008

Busana Muslim - Kain Tudung



Hmm....Bang jangan lupa belikan kain tudung untuk Emak ! Tapi fesyen yang mana emak nak dek ? Entah lah.... Bang beli saja lah ...banyak sangat macam-macam ada ya bang !

Jom ke Tanah Abang Di Jakarta dan Pasar Baru di Bandung dan Bukit Tinggi Sumatra untuk berbagai kain tudung ..harga nya memang murah je....

Jom raun

Sunday, November 9, 2008

Jakarta- PUNCAK -Bandung



Puncak seperti nama nya terletak tinggi di kawasan pergunungan Java Barat ,Indonesia.
Terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat istirehat warga kota Jakarta pada hujung minggu.
Dengan udara nya yang nyaman dan pemandangan indah serta terdapat banyak villa penginapan membuat ianya tarikan pengunjung.
Hanya 2 jam penjalanan melalui kawasan pergunungan dari kota Jakarta menuju Bandung.

Jom.......raun.

Saturday, November 8, 2008

TUGU MONAS -Monument Nasional Jakarta





Satu lagi mercu tanda kota Jakarta ia lah Tugu Monas yang terletak di Jakarta Pusat juga berhampiran dengan Istana Presiden.
Awal di bina pada 1961 oleh Presiden Soekarno bagi memperingati pejuang Indonesia yang menentang kuasa Belanda.Siap sepenuh nya pada zaman pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1975 dengan di hiasi emas seberat 35 kilogram di atas nya.
Bagi yang mahu melihat seluroh kota Jakarta pasti jangan lepaskan peluang ini.Yang ingin naik kereta kuda...pasti nya dengan sedikit bayaran akan dibawa keliling tugu .Terdapat juga museum dan zoo kecil untuk di kunjungi di bawah tugu monas.

jom...raun...

Friday, November 7, 2008

Masjid Istiqlal - Terbesar Di Asia Tengara



Ketika di Jakarta, pastikan anda berkesempatan bersolat di Masjid Istiqlal (Istiqlal bermaksub merdeka).
Unik,masjid yang berkongsi halaman dengan sebuah gereja keteral yang terbesar di Jakarta.Arkitek yang membina masjid ialah seorang penganut kristen bernama Frederich Silaban.
Idea pembinaan oleh Presiden Soekarno berserta ulamak islam mula pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya 17 tahun kemudian di rasmikan oleh Presiden Soeharto pada 22/2/1978.Masjid boleh menampung jemaah seramai 100,000 orang.

Jom .........raun

Friday, October 24, 2008

Paris Van Java atau Bandung atau Kota Kembang







Kerajaan Indonesia sedang giat mempromosikan destinasi ini sempena tahun melawat Indonesia 2008. Ternyata ianya berjaya kerana kini Bandung merupakan pilihan utama para pengunjung selepas Bali di ikuti Jakarta,Medan dan Surabaya.
Tersedia penerbangan terus Airasia ke Lapangan terbang Husein Sastra Negara ,Bandung dua kali penerbangan setiap hari manakala kita juga boleh tiba melalui Lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta enam kali penerbangan setiap hari dan menaiki bas melalui highway mengambil masa dua jam.
Bandung yang mempunyai udara sejuk lagi nyaman juga terkenal dengan pusat membeli-belah.Pengunjung suka shopping disini lah tempat nya dimana terdapat Factory out-let yang menjual perbagai rekaan jenama terkenal.
Terdapat beberapa tempat yang menarik di kunjungi antara kolam air panas Siater dan kawah gunung berapi Takuban Perahu.


Jom apa tunggu lagi ikut kami.

Untuk yang belum pernah ke Jakarta kami syorkan kalau ke Bandung elok lah melalui lapangan terbang Sukarno-Hatta Jakarta kerana kita juga boleh melawat sekitar Jakarta dalam perjalanan pulang dari Bandung.

Jumlah apo laei ditungu barangketlah kito lai....... lima ari ampek malam alah tu ...beko tak cukut ..tambah lai.tak cukut jo....pindah na lah.

Friday, October 10, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Askm semua kenalan yang dekat dan yang jauh

Pada hari raya aidil fitri ini saya sekeluarga dan juga bagi pihak wakil yang lain Hjh.Zainab/Hjh. Halimah dan Hjh.Zaikiah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATHIN".
Sememangnya dalam segala urusan kendalian kami mungkin ada kekurangan kami mohon maaf dan terima kasih atas teguran yang sudah pasti nya akan sentiasa kami cuba untuk perbaiki dari masa ke semasa.

Pada yang telah memberi sokongan sekali lagi kami ucapkan "TERIMA KASIH"dan yang masih lagi tengah mencari -cari agensi pengurusan pelancongan jom raun bersama Raun Minang.

Kami berjanji dan akan mempastikan anda semua dapat mengabadikan kenangan indah percutian anda bersama kami.

Wasalam.

Sunday, June 29, 2008

Tasik Meninjau Bukit Tinggi ,Sumatra

Pemandangan yang memukau umpama sebuah lukisan yang dapat kita saksikan dalam perjalanan menuruni Kelok 44 untuk menuju ke tasik Meninjau.

Hujan batu di kampung kito, hujan ameh di kampung urang, walau bak mano miskin awak, bacinto juo badan nak pulang.

Jan disangko murah batimbakau, maracik maampai pulo, jan disangko mudah marantau ,basakik marasai pulo.

Friday, June 27, 2008

Who want to be a millionaire ?

Let's join us on an accompanies tour group to Indonesia destination such as Jakarta,Bandung,Surabaya,Bali,Medan ,Padang,Bukit Tinggi and many more.Bet you will really feel and be a millionaire there.

As today the exchange rate : rm 357.00 =rp 1,000,000.00

Let' go raun with Raun Minang.

Makaaaaaaaaaan apaaaaaaa macaaaaaam ?






Adalah tanggong-jawab kami untuk menyediakan sajian HALAL bagi yang menyertai lawatan anjuran kami. Jikalau destinasi Indonesia berbagai masakan melayu Indonesia seperti Nasi Padang ,Betawi dan Sunda banyak terdapat yang dikendalikan oleh orang Islam .Dengan raunminang kami jamin 100% Halal.

Gunakan Tanpa was-was...............jom raun. Khidmat akan kami laksanakan "Bak manatiang Minyak Panuah ,Bak Mahelo Rambuik Dalam Tapuang" janji kami .........jom raun.

Wednesday, June 25, 2008

Air Terjun Lembah Anai Bukit Tinggi , Sumatra



Pengunjung akan melalui Air Terjun Lembah Anai yang terletak di pingir jalan besar menuju Bukit Tinggi lebih kurang 50 Km dari Padang. Pemandangan indah di sekitarnya amat menceriakan dengan suasana sejuk dikelilingi hutan yang menghijau. Air nya yang sungguh sejuk buat basuh muka dipercayai akan membuat seseorang itu ..awek muda ...hmm. Manakala berhampiran pula terdapat sungai besar yang air nya jernih dengan rel keretapi peninggalan Belanda membelahi gunung melintasi sungai menuju hutan. Cantiknya...............jom raun .

Jam Gadang Bukit Tinggi , Sumatra



Satu lagi tempat menarik di lawati ia lah Jam Gadang atau Menara Jam Besar yang menjadi mercu kebanggaan penduduk Bukit Tinggi. Terletak di Taman Sabai Nan Aluih dibina oleh Sultan Gigi Ameh pada tahun 1926 merupakan hadiah dari Ratu Belanda. Bentuk atasnya telah beberapa kali diubah oleh Belanda dan Jepun hingga akhir nya kekal dengan bentuk gonjong rumah adat Minangkabau. Tinggi nya ialah 26 meter. Terletak berhampiran Pasar Atas tempat membeli-belah dari kain sulaman sehinggalah ke daging dendeng kering dan belut kering. Dengan sedikit bayaran kita boleh menikmati pemandangan keseluruhan bukit tinggi dari atas nya .

Jom raun ikut kami ..............raunminang.

Tuesday, June 24, 2008

Lubang Jepang Bukit Tinggi ,Sumatra





Satu lagi tempat yang menarik yang mesti di kunjungi apabila di bukit tinggi ia lah Lubang Jepang.Terletak di kawasan yang hampir menyerupai Grand Caryon ia itu Ngarai Sianok.Lubang yang di gali se dalam lebih 100 meter dengan banyak lorong sebagai kubu atau tempat persembunyian tentera Jepun ketika menakluki Sumatra.Mengikut cerita nya lubang tersebut mengambil masa selama 2 tahun 8 bulan untuk di siapkan serba lengkap dengan berbagai kemudahan.Yang menghairankan penduduk sampai kini di mana tanah-tanah tersebut di buangkan kerana tiada kesan yang terdapat berhampiran. Bagi yang sukakan monyet atau kera memang sini lah tempat nya kerana banyak terdapat di kawasan ini..........

Jom raun............dengan Raun Minang.

Monday, June 23, 2008

group raunminang 18/5/2008 pdg bukittinggi



Terima kasih semua ahli rombongan yang terdiri dari keluarga cikgu Abas dan staff SPR. Juga pada minang jati boys Hendri/Andy/Ricky.
Jom raun .......dengan raunminang. " Pisang ameh baok balaia,masak sebiji didalam peti,hutang ameh dapek dibaia,hutang budi dibao mati ".
"Pulau pandan jauah ditangah,dibaliak pulau angso duo,hancua badan dikanduang tanah,budi baiak dikana juo".

Sulaman Hjh.Rosmah Bukit Tinggi ,Sumatra







Kami baru sahaja pulang dari seberang dan kesempatan ini ingin berkongsi kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan sulaman yang berkualiti tinggi dari Bukit Tinggi. Hjh Rosmah merupa seorang usahawan wanita yang sangat terkenal di Indonesia berusia dalam sekitar 80 an dan masih lagi aktif mengendalikan perniagaan bersama anak bujang nya. Beliau mengendalikan sekolah menjahit untuk siapa yang ...........berminat? Jom raun ........... dengan Raun Minang ."Padi ditanam padi tumbuah,lalang ditanam lalang tumbuah. Padi dikabek jo daunnyo,batang ditungkek jo dahannyo ".
"Pulai batingkek naiak,maningakan ruweh jo buku,manusio batingkek turun,maningakan barih jo balabeh".

Wednesday, June 18, 2008

Tiket murah dari AIRASIA dan MAS

Tahniah kerana telah dapat memiliki tiket murah - zero fare -dari airasia atau pun dari Mas apalagi ? Jom biar kami yang menguruskan percutian anda. Berbagai pakej percutian dan kemana sahaja akan kami uruskan.

Harga kami masih lagi harga lama........tiada kenaikan.......kekal.........untung sikit tapi puas dapat mengembirakan semua........matlamat kami.

Jom let's go semua Pak cik Mak cik Abang Kakak Adik........apa tunggu lagi.........hubungi kami.

Saturday, June 14, 2008

Tarian Piring Minangkabau

Medan-Lake Toba Itinerary



Untuk maklumat lanjut klik di SINI

Jakarta-Bandung Itinerary 2008

Padang-Bukit Tinggi Itinerary 2008

Sunday, April 20, 2008

Popular Destination Itineary BANDUNG

VISIT INDONESIA YEAR 2008.


Saturday, April 19, 2008

With raun minang Your Holiday start from your door step

Amongst the senior citizen our service in catering their need to go for holiday will be specially taken care by accompanying them to their choice of destination. We usually organised group tour from 15 to 20 participant.

let'go round with raun minang

Biar kami mengurus pakej pelancongan anda dengan harga yang berpatutan. LET join us go round
with raun minang the whole year round 2008.

medan
4/3 RM 850
padang/ bukit tinggi 4/3 RM 890 18/5/2008
jakarta/puncak/bandung 5/4 RM 1250 24/5/2008
vietnam (saigon) 5/4 RM 1680

jogjakarta
bangkok
sabah
sarawak
pakej umrah

Saturday, April 5, 2008

Pengurusan Hari Keluarga " Family Day"

Saat paling mengembirakan ialah ketika bercuti bersama seluruh keluarga. Kami juga menguruskan pakej hari keluarga kebeberapa destinasi seperti Port Diskson ,Langkawi dan lain-lain lagi.

HOTEL RESERVATION SERVICES