Saturday, July 11, 2009
Friday, July 10, 2009
MINANG KE JAWA -JOGJAKARTA


Jogjakarta ,satu lagi destinasi menarik untuk di kunjungi.Terletak di tengah kepulauan Jawa pernah satu ketika dahulu pernah menjadi ibu kota Indonesia.Penerbangan dari KL mengambil masa lebih kurang 2jam setengah.
Jogjakarta juga dikenali sebagai Kota Pelajar dimana terdapat banyak universiti terkenal di antaranya "Universiti Gadjah Mada".
Selain warisan budaya yg masih lagi kekal,jogja mempunyai panorama yg indah dg sawah hijau menyelimuti daerah pingiran dan Gunung Merapi sebagai latar belakang nya.
Masyarakat nya memiliki sikap keramahan yg amat di kagumi.
Raun Minang menyediakan pakej pada yg berminat ke Jogjakarta ,lawatan di antara nya Borobudur terkenal sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia,Istana Kraton,Istana Air Taman Sari,Kilang Batik,Malioboro, Solo dan banyak lagi.
Jom Raun....
Saturday, January 10, 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru 2009
Kita masih lagi di ambang tahun 2009.Kami dari keluarga Raun Minang mengucapkankan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakan dan pelangan-pelangan yang telah memberi sokongan sepanjang tahun lalu.
Kami berharap agar kita dapat terus menjalin hubungan yang baik dan dapat bertemu lagi dalam pakej-pakej anjuran kami.Jom raun......
Sekian. Terima Kasih.
Kami berharap agar kita dapat terus menjalin hubungan yang baik dan dapat bertemu lagi dalam pakej-pakej anjuran kami.Jom raun......
Sekian. Terima Kasih.
Thursday, November 13, 2008
Busana Muslim - Kain Tudung
Hmm....Bang jangan lupa belikan kain tudung untuk Emak ! Tapi fesyen yang mana emak nak dek ? Entah lah.... Bang beli saja lah ...banyak sangat macam-macam ada ya bang !
Jom ke Tanah Abang Di Jakarta dan Pasar Baru di Bandung dan Bukit Tinggi Sumatra untuk berbagai kain tudung ..harga nya memang murah je....
Jom raun
Sunday, November 9, 2008
Jakarta- PUNCAK -Bandung
Puncak seperti nama nya terletak tinggi di kawasan pergunungan Java Barat ,Indonesia.
Terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat istirehat warga kota Jakarta pada hujung minggu.
Dengan udara nya yang nyaman dan pemandangan indah serta terdapat banyak villa penginapan membuat ianya tarikan pengunjung.
Hanya 2 jam penjalanan melalui kawasan pergunungan dari kota Jakarta menuju Bandung.
Jom.......raun.
Saturday, November 8, 2008
TUGU MONAS -Monument Nasional Jakarta
Satu lagi mercu tanda kota Jakarta ia lah Tugu Monas yang terletak di Jakarta Pusat juga berhampiran dengan Istana Presiden.
Awal di bina pada 1961 oleh Presiden Soekarno bagi memperingati pejuang Indonesia yang menentang kuasa Belanda.Siap sepenuh nya pada zaman pemerintahan Presiden Suharto pada tahun 1975 dengan di hiasi emas seberat 35 kilogram di atas nya.
Bagi yang mahu melihat seluroh kota Jakarta pasti jangan lepaskan peluang ini.Yang ingin naik kereta kuda...pasti nya dengan sedikit bayaran akan dibawa keliling tugu .Terdapat juga museum dan zoo kecil untuk di kunjungi di bawah tugu monas.
jom...raun...
Friday, November 7, 2008
Masjid Istiqlal - Terbesar Di Asia Tengara
Ketika di Jakarta, pastikan anda berkesempatan bersolat di Masjid Istiqlal (Istiqlal bermaksub merdeka).
Unik,masjid yang berkongsi halaman dengan sebuah gereja keteral yang terbesar di Jakarta.Arkitek yang membina masjid ialah seorang penganut kristen bernama Frederich Silaban.
Idea pembinaan oleh Presiden Soekarno berserta ulamak islam mula pada tahun 1960 dan siap sepenuhnya 17 tahun kemudian di rasmikan oleh Presiden Soeharto pada 22/2/1978.Masjid boleh menampung jemaah seramai 100,000 orang.
Jom .........raun
Subscribe to:
Posts (Atom)

