Let's join us on an accompanies tour group to Indonesia destination such as Jakarta,Bandung,Surabaya,Bali,Medan ,Padang,Bukit Tinggi and many more.Bet you will really feel and be a millionaire there.
As today the exchange rate :rm 357.00 =rp 1,000,000.00
Adalah tanggong-jawab kami untuk menyediakan sajian HALAL bagi yang menyertai lawatan anjuran kami. Jikalau destinasi Indonesia berbagai masakan melayu Indonesia seperti Nasi Padang ,Betawi dan Sunda banyak terdapat yang dikendalikan oleh orang Islam .Dengan raunminang kami jamin 100% Halal.
Gunakan Tanpa was-was...............jom raun. Khidmat akan kami laksanakan "Bak manatiang Minyak Panuah ,Bak Mahelo Rambuik Dalam Tapuang" janji kami .........jom raun.
Pengunjung akan melalui Air Terjun Lembah Anai yang terletak di pingir jalan besar menuju Bukit Tinggi lebih kurang 50 Km dari Padang. Pemandangan indah di sekitarnya amat menceriakan dengan suasana sejuk dikelilingi hutan yang menghijau. Air nya yang sungguh sejuk buat basuh muka dipercayai akan membuat seseorang itu ..awek muda ...hmm. Manakala berhampiran pula terdapat sungai besar yang air nya jernih dengan rel keretapi peninggalan Belanda membelahi gunung melintasi sungai menuju hutan. Cantiknya...............jom raun .
Satu lagi tempat menarik di lawati ia lah Jam Gadang atau Menara Jam Besar yang menjadi mercu kebanggaan penduduk Bukit Tinggi. Terletak di Taman Sabai Nan Aluih dibina oleh Sultan Gigi Ameh pada tahun 1926 merupakan hadiah dari Ratu Belanda. Bentuk atasnya telah beberapa kali diubah oleh Belanda dan Jepun hingga akhir nya kekal dengan bentuk gonjong rumah adat Minangkabau. Tinggi nya ialah 26 meter. Terletak berhampiran Pasar Atas tempat membeli-belah dari kain sulaman sehinggalah ke daging dendeng kering dan belut kering. Dengan sedikit bayaran kita boleh menikmati pemandangan keseluruhan bukit tinggi dari atas nya .
Satu lagi tempat yang menarik yang mesti di kunjungi apabila di bukit tinggi ia lah Lubang Jepang.Terletak di kawasan yang hampir menyerupai Grand Caryon ia itu Ngarai Sianok.Lubang yang di gali se dalam lebih 100 meter dengan banyak lorong sebagai kubu atau tempat persembunyian tentera Jepun ketika menakluki Sumatra.Mengikut cerita nya lubang tersebut mengambil masa selama 2 tahun 8 bulan untuk di siapkan serba lengkap dengan berbagai kemudahan.Yang menghairankan penduduk sampai kini di mana tanah-tanah tersebut di buangkan kerana tiada kesan yang terdapat berhampiran. Bagi yang sukakan monyet atau kera memang sini lah tempat nya kerana banyak terdapat di kawasan ini..........
Terima kasih semua ahli rombongan yang terdiri dari keluarga cikgu Abas dan staff SPR. Juga pada minang jati boys Hendri/Andy/Ricky. Jom raun .......dengan raunminang. " Pisang ameh baok balaia,masak sebiji didalam peti,hutang ameh dapek dibaia,hutang budi dibao mati ". "Pulau pandan jauah ditangah,dibaliak pulau angso duo,hancua badan dikanduang tanah,budi baiak dikana juo".
Kami baru sahaja pulang dari seberang dan kesempatan ini ingin berkongsi kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan sulaman yang berkualiti tinggi dari Bukit Tinggi. Hjh Rosmah merupa seorang usahawan wanita yang sangat terkenal di Indonesia berusia dalam sekitar 80 an dan masih lagi aktif mengendalikan perniagaan bersama anak bujang nya. Beliau mengendalikan sekolah menjahit untuk siapa yang ...........berminat? Jom raun ........... dengan Raun Minang ."Padi ditanam padi tumbuah,lalang ditanam lalang tumbuah. Padi dikabek jo daunnyo,batang ditungkek jo dahannyo ". "Pulai batingkek naiak,maningakan ruweh jo buku,manusio batingkek turun,maningakan barih jo balabeh".
Tahniah kerana telah dapat memiliki tiket murah - zero fare -dari airasia atau pun dari Mas apalagi ? Jom biar kami yang menguruskan percutian anda. Berbagai pakej percutian dan kemana sahaja akan kami uruskan.
Harga kami masih lagi harga lama........tiada kenaikan.......kekal.........untung sikit tapi puas dapat mengembirakan semua........matlamat kami.
Jom let's go semua Pak cik Mak cik Abang Kakak Adik........apa tunggu lagi.........hubungi kami.
Raun Minang Enterprise telah ditubohkan dengan matlamat mencebur diri dalam bidang pelancongan. Milek bumiputra sepenuhnya .Tujuan penubuhan adalah untuk menambah lagi kalangan bumiputra agar lebih ramai lagi dalam bidang pelancongan. RAUN MINANG bersedia untuk bersaing dalam menyediakan berbagai pakej menarik didalam mahu pun luar negara. Adalah menjadi impian kami untuk muncul diantara agensi pengurusan pakej pelancongan yang terbaik .